.alhamdulillah.
oh macam sangat kontradik. sebelum ini perkataan ‘dirty’. hari ini bersyukur. hehe. don’t judge people by what they write. hahah. suka hati buat peraturan sendiri.
.
alhamdulillah sudah melepasi temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. kecoh ape weh! baru interview. kita tunggu keputusannya lagi tiga empat bulan. harap berita baik-baik belaka. aku orang pertama yang tiba, dan masuk, dan balik. terang sudah. penemuduga ialah seorang perempuan yang nama bapanya aku sudah lupa. beliau tidak senyum tapi membantu juga memberi idea lantas meletak perkataan dalam mulut. put words in my mouth? haha. soalan-soalan yang diajukan perlu dijawab dalam bahasa inggeris kerana beliau sedar akan opsyen ku. antara topik-topik pertanyaan adalah:
- latar belakang keluarga dan pendidikan, kbsr, pipp dan kaitannya dengan p & p, isu semasa luar dan dalam negara, rukun negara, gabungjalin bahasa inggeris dan mata pelajaran lain……yang lain lupa sudah.
terima kasih pada suami dan keluarga yang memberi sokongan, terima kasih pada rakan-rakan yang melayani pertanyaan walaupun temuduga ini sudah basi bagi mereka. hehe.
.
alhamdulillah wakil-wakil pejabat pendidikan daerah sudah datang melawat. tiada kes berat haha. fail-fail yang disediakan juga tidak diperiksa. tetapi kami dapat ‘tahniah’ dalam buku rekod mengajar. heh.
.
alhamdulillah murid-murid yang disayangi (eceh) tidak buat hal. selesai sudah ujian lisan. perlu direkodkan. esok mesyuarat perantara ketua pentaksir kawasan dan pentaksir kawasan kudat dan banggi. jumpa esok!
.
alhamdulillah rupanye seorang murid kelas A aku boleh membaca bahasa inggeris. tetapi mungkin tidak begitu memahami. murid yang kata, “pulang nanti memukat juga aku cigu”. sudah la comel dengan mata besar. cuma nakal dan malas menulis. tapi boleh membaca. aku ulang, tapi malas. hehe.
.
alhamdulillah aku sudah sihat dan dengarnya rakan-rakan yang sakit juga beransur sihat. antibiotik sudah habis. eh lepas temuduga terus sihat? hahaha. aku tak tipu la. betul sakit tau. macam panas meruap kalau mandi air kering tidur petang esok baru sedar punya sakit. ha. matno, aku dapat lagi ubat bengkak dan hisap. bila kau nak blog dengan gambar ubat itu?
.
tahniah buat rakan-rakan yang sudah terima surat perlantikan! aku terima watikah perlantikan saja hehe. alhamdulillah reen selamat pulang ke tanah air. tahniah buat dzull eheh aku tau! tahniah buat juniors dan tiga rakan, dengarnya sudah terima surat tawaran! nanti dah tau posting mana, beritahu la ye~ tahniah buat rakan-rakan yang akan bergelar isteri dan ibu!!~
.
p/s: kecoh macam semua ucapan tersebut dibaca oleh orang-orang yang ditujukan. tsk.

July 2nd, 2009 at 3:21 am
terima kasih banyak2 pada isteriku kerna mengucapkan terima kasih kepada suaminya…;p
sama- sama…
July 2nd, 2009 at 6:36 am
buzal?
sape tu?
;p
July 6th, 2009 at 3:49 am
hehe.. dah update blog saya.. bacalah..
she put words only? air tak bagi ke? hikhikhik..
memang dah dapat surat tawaran lantikan, tapi suratnye belom sampai2 lagik! tensi2!! dia bagi tempoh sebulan nak reply, ni dah masuk bulan kedua.. bayang2 surat pon takde!
Tahniah sebab dah dilawat pelawat.. hehe… sekola saya pon kena lawat gak, tapi saya da di kk… takdan la pelawat tu nak jumpa ‘cikgu india yg single dan handsome’ yg kat sk palak tuh.. hehehehe
Word Verification:- recliner PETERSON
(nak suh aku recline lagi ke? kang jadi gedempol plak!)
July 7th, 2009 at 3:52 am
sila baca blog anda, sudah komens..hehe
lambat ye? kene buat medical check-up kan?