.dera.
perkongsian ilmu bulan april
minggu lepas kami diarah untuk menghadirkan diri ke bengkel pengurusan disiplin pada petang selepas sekolah sebab peraturannya kalau ada mana-mana guru yang keluar berkursus, pabila pulang segar bugar lagi lincah setelah beberapa hari tidak perlu mengadap murid nakal degil tak dengar kata, mereka perlu menyampaikan ilmu itu secara in-house kepada guru-guru yang berkaitan; kursus penulisan dan membaca bahasa inggeris tahap 1 jadi penyampaian pada guru-guru bahasa inggeris tahap 1 la kan. disiplin? semua guru dari yang kecil besar senyap lantang rajin malas adalah bertanggungjawab kepada disiplin murid.
.
kamu akan kagum apabila mendapat tahu peraturan disiplin sekolah aku yang aku pun tidak tahu kerana buku peraturan itu dicetak semasa pengurusan pentadbiran guru besar yang dulu dulu. mungkin tiga tahun sudah? mana disimpan berhabuk basi sudah. panduan untuk guru dalam menangani masalah disiplin. panduan untuk mengelak dari diambil tindakan kerana mendera murid. hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang (ordinan pelajaran 1957; peraturan-peraturan pelajaran - disiplin sekolah 1959). sila tanya budak undang-undang definisi dera. seterusnya mari kita lihat panduan di bawah.
.
ini pasti kita sudah secara rasional faham dan tahu konsikuensinya jika masih dilaksanakan yang selalunya dalam keadaan menyinga tidak terkawal. jadi jika buat juga bilamana akan tetap boleh berlaku kerana kami tahu kewujudan murid-murid seperti grinch, gorgon dan entreri, keselamatan dan hak pencen kamu adalah mengikut budi bicara guru besar dan mak bapa.
amaran: bahasa undang-undang adalah obsin.
1. jemur murid tengah panas (yanti, tak boleh tau)
2. junjung kerusi.
3. henjut (matno, ni ketuk ketampi okey)
4. tarik rambut.
5. tarik telinga (syitah, tak boleh buat ni)
6. mendada (pami, aku rasa ni tekan tubi)
7. mencubit (tsk, syitah…)
8. tampar, tempeling, menendang dan sewaktu dengannya.
9. rotan (guru besar dan guru yang diberi kuasa sahaja yang boleh).
.
logik bukan? penderaan tersenarai di atas yang memberi kesan kepada fizikal dan mungkin kepada mental tetapi kalau murid macam gorgon tak akan ada impak juga cuma mak bapa dia yang bising. jadi walaupun panduan seterusnya nampak logik kerana kita pun tidaklah begitu kejam mahu memberi impak pada mental murid-murid yang nampaknya memang sudah tidak begitu sihat, ianya masih membuntukan. jika ini pun tidak dibolehkan, tidak tahu lagi bagaimana hendak menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan aman tanpa gangguan grinch, gorgon dan entreri.
10. berdiri dalam kelas. (boleh diterima)
11. berdiri luar kelas. (masih boleh diterima)
12. menunjukkan muka marah. (what?!! asfjkvndgardbqwcx)
13. menjeling. (nanti murid-murid kecil hati, tak boleh tak boleh)
.
jika kamu seorang pendidik, atau bukan tetapi masih berkobar-kobar, sila beri komen/pendapat bernas dan berkesan serta sila jangan cuba kata beri kaunseling apa kamu tak pernah pergi sekolah dan degil atau kamu tak buat, kawan kamu yang buat atau jumpa murid bengap nakal bagaimana hendak mendisiplinkan murid.
.
sekian.
p/s: tadi aku tampar murid. dia bukan gorgon tapi tahap grinch sahaja. mungkin bukan tampar. lebih kepada penolakan muka dengan sedikit kelajuan. kesan? tidak sampai lima minit, mulut grinch itu bising semula. sekelumit virus pun tiada rasa malu membuat kesalahan menyakiti hati guru dan menggangu pembelajaran rakan-rakan sekelas. murid punya hati perlu dijaga. hati guru kene jaga sendiri la? okey aku dah mula membebel balik. ini bukan post script dah.
