topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for February, 2008


.kehidupan selepas mati.

“Takpela kita tunggu yang
terbaik dan masa itu kita terbaik untuk mat yang terbaik tu..”

itu kata-kata yang dituturkan rakan suatu masa dulu. bukan main kamceng lagi
kami.

*smiles* (reminiscing the good old days)

 

kalau hati itu tidak menentu…

apa yang kamu lakukan untuk menenangkan gusar itu?

kalau jalan itu tampak berliku…

apa yang kamu lakukan untuk terangi sesat itu?

 

kalau aku..aku membaca. aku mendengar. mudah berpaling pada yang aku dan
kamu gemari. novel, musik. dapatan yang sekelumit menggembirakan tempoh yang
sedikit.

bukan lebih baik kepada asalan yang lebih tahu? lebih dulu. yang terbitnya
dari sumber yang dipercayai. digagahi. dilindungi. diagungi. pasti sering kamu
lalui jua, hati yang gusar akan berbunga, walau sedikit, dari pembacaan
ayat-ayat Al-Quran contohnya.

 

aku temui hadith ini,

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia melihat
manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri
Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada
yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya)"

Abu Daud dan at-Tirmidzi

 

ya, manusia makhluk yang lemah dan diturutkan
syaitan untuk menggoda. tanpa adanya pegangan pasti mudah hendak menurut
mereka. namun, pegangan ini sering dilihat segelintir sebagai kekangan. kalau
manusia tidak perlu takut pada pegangan yang perlu ini, mengapa kamu takut
benar pada kekangan buatan spesis kamu? kalau kamu percaya hendak tukar lorong
perlu bagi signal membelok, kenapa tidak kamu sentuh sejadah itu? kalau bagi
signal membelok dapat menjaga keselamatan kamu serta yang lain, kenapa tidak
kamu tunaikan rukun Islam dituntut yang juga dapat mensejahterakan kamu serta
yang lain?

 

sebab kamu rasa sakit dunia.

kamu takut seksa dunia.

sebab kamu tak nampak sakit akhiratnya.

kamu tak nampak seksa akhiratnya.

 

dari sudut hadith ini, aku tidak risau akan azab.

aku risau dengan rasa sedih yang hadir.

sebab aku tidak pasti puncanya.

melainkan yang aku tahu aku telah gagal.

 

remeh perbandingan yang dibuat. agar mudah akal
memahamkan. sukar hendak bawa topik agama berbincang. lebih mudah berbalah
mengenai britney dan lagu diciplak kerana perlu apa segan kalau tersilap tutur.
kerana lahir kita Islam, hidup kita Islam, jika tersilap tutur mengenainya,
pasti merah juga telinga kan?

 

Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu
pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan
keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat
mulia ini? ”

Riwayat at-Tabrani

 

kelmarin duduk bersembang dengan abah. timbul topik individu-individu yang
nampaknya pelik atau lari dari logik kerana berkelakuan tidak setaraf dengan
pendidikan yang diterima. abah sampaikan pesan ini. katanya pesan itu dari
arwah tok simin..

 

“ramai orang yang berotak, tapi mereka tidak berakal”

 

moga Allah swt sentiasa melindungi dan memberi hidayah.

wallahualam.