topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for January, 2008


.aku tak suka new year’s eve.

sama la macam aku tak suka sambutan di malam sebelum ulangtahun kemerdekaan negara. bukan menidakkan hak mereka untuk menyambut. tapi terasa juga hendak menidakkan tujuan sambutan. dan selalunya, itu la yang menjadi perisai memboleh kebal, menjadi pengalas huluran duduk, menjadi perisa menyedap lauk.

niat.

aku pergi sebab aku bersyukur negaraku aman damai dalam majmuk. kami turut untuk masa keluarga bersama. kami anjur untuk sokong ekonomi negara. aku pergi sebab dia pergi. mereka suka sebab itu hiburan sekali sekala.

ye, aku pun hu-ha juga. harap hu-ha itu tidak menepis kain orang, menidak yang dituntut dan menyakiti yang dijunjung. kerana kalau ada yang membolehkan, mahu aku yang tercekik sesak nafas. perlu lari berdiam dalam bilik.

salah satu pesan Luqman al-Hakim kepada anaknya, dalam ringkas dan olahan aku, biar bijak memilih rakan, memilih persekitaran, biar mendatangkan manfaat dan menjauhkan yang tidak baik. sebab yang tidak baik ini, pada aku, selalu merisaukan. merimaskan. susah benar hendak tenang. dan aku amat suka yang tenang-tenang. lihat saja pilihan musik aku hahah!

lompat-lompat melawat penulisan orang lain yang tak dikenali, terjumpa ungkapan ini. aku tak kata ianya nasihat, sebab itu terpulang pada yang membaca. berbunyi begini kita kalau ingatkan mati, pasti tiada masa untuk berbicara tentang orang lain”

panggil aku selfish. dengan penemuan yang sebegini, aku rasa sedikit gembira. adanya yang lain seperti aku, yang belum bersedia.