topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for November, 2007


.don’t (ever) let your guard down.

i love. i hate. i despise. words said behind closed curtains. where are
guts when we need it? people always take other people for granted. people
always take other things for granted.

 

i admit it’s a challenge for me to start a conversation with another
adult. kids and animals are okay. and imaginary friends too. i could if i’m in
a gay mood though. everything just flows. how to achieve the gayness naturally is
another story. but i’ve been learning to switch it on and off. and proud to
say, i really am getting good at it. no, great.

 

oh here comes the kepoh makcik
from i-don’t-know-where
,

“ha kamu…tak habis belaja lagi? lamanya!”

 

ON gayness!

“belum lagi *big smile* insyaallah tahun
depan”

OFF gayness.

 

stop picking on that wound! it’ll never get better if you keep nipping
at it! guilt……

 

caffeine helps a lot for gayness. but it also causes slight headache,
silent tantrum (get it?) and emergence of peculiar ideas. so be careful to time
your caffeine intake.

 

and please learn to say thank you for God’s sake! it ain’t that hard.
trust me, you’ll make their day! that thai guy serving your lunch, that pakcik
driver bus, that stranger writing about love, that director creating
heart-warming, low-budget movies.

 

don’t let your guard down. ever. be vigilant always. don’t tell me what
to do. i know and happy to do it, and usually enjoy it, without imposing words.
i hate you for that.

.senak.

selalu dikaitkan dengan sesuatu yang kurang senang, kurang indah. tapi
yang aku rasa itu baik. pada aku. maksud aku, senak itu. bukan perubahan yang
timbul.

 

dulu aku anggap aku bebas. mudah untuk kawal emosi. berbatas juga tapi
aku boleh mula dan berhenti marah, diam, tengking dan gelak sesuka aku. tidak
perlu bendasing lain sebagai pertolongan atau ajaran. bukan kata Piaget di
peringkat sensorimotor umur 0 hingga 2 tahun sudah belajar melalui memori dan
deria yang lima untuk dapat yang diingini?

 

semalam aku senak. pelik juga rasanya mula-mula. rimas campur risau.
kenapa pula timbul. bagaimana pula boleh timbul. bukan aku ini gagah? atau dulu
aku sejuk? benar aku seronok juga dulu, siap ada kelab ditubuh bersama rakan
baik. hanya untuk suka-suka, tiada niat menyakiti sesiapa. haha mungkin aku
tidak, tapi dia berjaya! itu pun kalau hendak dikira.

 

perubahan yang satu ini aku kurang suka. kurang senang kerana bukan dalam tangan. kalau betul hendak berdansa,
kena ikut cara yang terpilih. jadi perlu tentukan langkah dan tujuan yang pasti
perlu juga selari dengan niat permulaan. baru seimbang dan berjaya. hehe.

 

aku sayang yang ini rupanya ^__^

 

tapi sekarang aku senak tidak baik. sudah lama aku meniarap untuk
menulis entri yang ini. sakit rongga dada aku. undur diri dulu.

p/s: esok sudah masuk
sepuluh. ye, baru putik…selamat sepuluh, awak! (^_^)

.jaki jipang.

bukan semua dapat
keistimewaan berikut. bagaimana mereka dapat, tidaklah diketahui. bagi yang
lain, hendak merasa sekelumit, cuma tuah saja yang membolehkan kehendak itu
(tuah atau sumpah?). nak dikatakan kehendak, boleh juga. nak dikatakan keperluan,
apetah lagi. tapi itu terpulang kepada individu.

 

contohnya kasut
cantik itu, mungkin menjadi kehendak kerana ia cantik dan baru. mungkin menjadi
keperluan kerana kasut individu sudah robek di tepi kerana lusuh basah dek
hujan. tapi, kehendak itu mampu bertukar menjadi keperluan bila:

 

a) kenalan yang lain punya kasut cantik dan baru juga.

b) kasut cantik dan baru membolehkan individu dipandang tinggi.

c) kasut itu digemari setiap lapisan masyarakat.

d) individu tak boleh membezakan antara kehendak dan keperluan.

e) individu mampu menampung perbelajaan membeli yang kehendak.

 

petang tadi aku
disumpah. aku sudah bosan menulis ayat bermaksud pelbagai. hendak diluah mati
bapak, hendak ditelan mati emak. moga yang bijak dan luhur dapat memahami yang
tersirat. tiada yang besar, cuma kehendak dan keperluan kalian berbeza dari
aku. maaf…