topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for September, 2007


.dia disayangi.

dunia kita ini
semanis yang sepatutnya
tapi lihat
wajar sepatutnya atau sebolehnya?


sakit aku
semua bujukkan langsung
untuk nafas hebat
jatuh pada minda cetek


kerna dia megah lepas
lama sebelum kita lahir
dan tetap megah dia
tanpa perlu kamu


bangga kamu
dengan jeritan kosong
kagumi dia
ada hanya bila mata melihat
dan hari dirai


biar jujur langkah
biar bersih hati
merdeka kita
bukan pada kata-kata
hadirnya disetujui segenap peri


dia disayangi
oleh aku
dan baiknya
oleh kalian semua

6sept07


p/s: ingt nak submit for the poem & essay
competition sempena kemerdekaan kat institut, tak sempat la…