topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for February, 2007


.rushes.

i just LOVE coffee.

don’t you?

telah mula bertatih sendiri di dalam topik penulisan popular yang aku rasa tidaklah begitu formal dan membosankan seperti jangkaan pertama malah berupaya juga aku selitkan kata-kata menguja benak fikiran dan mengusik alur pemahaman di mana ianya sesuatu yang bagus jua kerana apa lagi yang lebih menarik dari dapat mengaplikasikan permainan perkataan di dalam proses melapor berita?

slowly finding myself easing the number of novels for read. am not busy with assignments yet nor i’m getting lazy. channeling my enthusiasm into writing, i guess. just like when i left sketching for reading. *sigh*

maybe it’s true then, that females can only love one thing (applicable to persons also) at one time? but that doesn’t mean we can’t multi-task! haha.

.

.

.

.

.

p/s: lips of wine are taken. hope hope hope. (entry no.53)

.terpanah.

bila senyum ukir tanya
bila bahgia ukir usikan
ke mana lari hendak bawa?

nak ku duduk berkisah
boleh jua ku hadap rahsia
tapi nanti mungkir tiang ini

bukan aku dalih
lahir aku sama denganmu
rasaku mirip rasamu
cuma mungkin aku lewat
kerna dinding itu tinggi

nanti waktu datang
langit itu terang
nak suluh kau lihat
aku sudah terpanah

0054, 5feb

.jiwa temu jiwa.

sudah dua minggu aku merangkak hilang arah hendak tumpu, tidak tahu apatah endah pula hal dengan yang lain yang tampaknya segar juga setiap kali. sudah belajar kami duduk dalam gigil sejuk kelas pengantar penulisan. hendak tak hendak kelas itu aku rasa meragukan dan membuahkan sedikit penyesalan.

tetapi itu dulu! dulu waktu aku malu dan payah untuk buka minda. dulu waktu aku lebih gemar melihat yang atas dan belakang dari mendengar. tetapi bukan main hebat lagi teruja perasaan yang menerjah pabila tiba waktu sesi pendalaman topik penulisan kreatif. hahahah! gelak penuh semangat, senyum penuh gigi. tiba-tiba duduk jadi panas, mata jadi sinar, tangan jadi ligat, telinga jadi peka.

“syoknya!”

benar kata hati, benar kata pelihat dan pendengar. aku jiwa tua. padan sekali biru dengan biru. tulisan dengan pena. kasihnya aku pada sastera.

tetapi, minggu ini akan mengkaji penulisan popular. yakni pembelajaran berkisar cara melaporkan fakta – berita. perlu tepat, jelas dan penuh informatis.

aduh! untuk imaginasi lari terbang terhad bukan?

0033, 5feb