topi berfikir aku

.kata astrologis bulan kawal pasang surut. hadir kandung bumi dan badan. kalau engkau benar lihat, itu aku.

Archive for November, 2006


.machuuuwre.

a person might be proud without being vain. pride
relates more to our opinion of ourselves, vanity to what we would have others
think of us.- mary bennet, the third daughter of the bennets in pride and
prejudice by jane austen.

 

notice: this entry
is best read aloud.

bukan mudah
apabila didatangi rasa hebat dan megah. mengah pun satu hal yang kurang
menyenangkan kerana ia boleh mendatangkan ketidakselesaan pada tahap kelancaran
pernafasan seseorang itu. menyusahkan orang-orang di sekeliling juga, walaupun yang
mengah kekadang tidak berniat sedemikian. namun yang pasti, tika mengah ini,
tiada lagi rasa hebat ataupun megah.

 

hebat serta megah
wujud dalam pelbagai bentuk dan dikira atau dinilai dari pelbagai sudut. jelas
terpulang pada si pengira atau si penilai. yang kurang jelas ialah yang menilai
dan mengira itu, megah juga atau tidak kerana si polan itu sedang melakukan
penilaian serta pengiraan ke atas si polan yang lain.

 

mengah tidak
boleh dilihat timbul kerana hanya satu sebab. mungkin sebab tersalah makan.
mungkin faktor-faktor keturunan yang tidak dapat dielakkan. mungkin juga kerana
kurang melakukan kegiatan sihat bagi mengeluarkan peluh. mungkin kesemuanya
sekali.

 

seperti megah,
mengah juga boleh mendatangkan kebaikan. kedua-dua situasi megah dan mengah ini
boleh menimbulkan kesedaran untuk memperbaiki diri.


tidak perlulah
suka-suka hendak megah. mengah sendiri-sendiri pun sudah cukup. megah anda
tidak tentu lebih hebat dari mengah dia. megah anda itu diukur dari kemegahan
anda sahaja. hebat benarkah megah anda? tidakkah anda nampak, melalui mengah
pun kita boleh megah. jadi, mengah-mengahkan lah diri anda sebelum lidah terasa
gatal nak bermegah-megah pada orang lain.

 

ketidakpertanggungjawaban:
lidah mungkin sedikit tergeliat semasa pembacaan kuat-kuat dilakukan. penulis sedang
demam semasa menulis.

.bab 16.

“cintailah sesuatu itu sekadar saja,

berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.

bencilah yang engkau
benci itu sekadar saja,

berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu
ketika.”