.ketipikalan berkapel.
apabila wujud dan berputiknya perasaan yang mencucuk-cucuk hati dan membuatkan mereka terkinja-kinja walau cuma dalam hati serta merasakan dunia berputar sekitar mereka sahaja, timbullah satu kebiasaan yang hadir dan dapat dilihat dalam sebuah rangkaian persahabatan secara online;
- mula-mula, akan berbalas-balaslah di dalam kotak yang disediakan untuk memuji dan memberi respon mengenai tuan punya kotak, dihiasi dengan kata-kata mesra berupa lucu dan berbentuk ringan.
- bila sudah lebih rapat (ini terpulang kepada mereka, ada yang beberapa minggu, ada yang berbulan, ada yang bertahun pun tiada apa-apa hahah), dapat dilihat keserasian dan keserupaan dalam ciri-ciri muka utama profil antara yang itu dan yang ini. paling tidak pun di ruangan khas untuk menjeritkan rasa isi hati.
- masa berlalu, perkembangan keserupaan dapat dilihat lebih mengembang, mungkin dari segi perkongsian gambar atau apa-apa sahaja yang boleh dikongsi.
keserasian yang tampak benar-benar diusahakan ini adakalanya menyenangkan hati pemerhati dan pelawat-pelawat laman profil mereka. namun, hadir juga pelbagai spekulasi yang kurang sihat dari melihat aktiviti-aktiviti yang kurang sihat itu juga. pada yang menyenangkan, pasti yang melihat berasa seperti inginkan yang begitu juga, tidak kiralah si pelawat berjantinakan lelaki atau perempuan. lebih-lebih lagi yang selamat terus mendirikan sesuatu yang lebih kukuh seperti bangunan masjid. pada yang tidak menyenangkan, rasa hendak koyak-koyak dan gigit-gigit kain buruk pun ada. tak kan hendak gigit-gigit diri sendiri atau mereka pula, kan?
payah sebenarnya hendak menyelami serta memahami proses perhubungan sebegitu. pasti kena belajar cara-cara merajuk dulu (yang ini tina boleh ajarkan hehe). cara hendak memimpin dengan penuh gaya dan keunggulan lagi. cara nak marah-marah sambil kelihatan comel lagi. cara hendak menjaga hati sesama mereka lagi. cara nak tunjuk sayang? tidak mengapa rasanya, itu semulajadi lahiriah. ha ha ha.
semua ingin cinta luar biasa. tidaklah mahunya seakan se’luar’ biasa cintanya si siti (ke ada yang inginkan begini?). pasti dan sahih melihat dari keadaan sekeliling dan persekitaran yang jauh jua dekat, penerimaan dan tafsiran cinta genre itu berbeza dari aku, engkau dan dia punya perspektif. cuma, bukankah lebih manis kalau yang dikongsi dan ditempuhi itu, dikongsi bersama yang dipilih sahaja. tidak perlulah dicanang, digong, didrum pada seluruh umat bumi. hilanglah manisnya, hilanglah sopannya, hilanglah rahsianya. heboh-heboh pun kalau tidak menjadi bagaimana? dipamer-pamer dan dibangga-bangga detik-detik bersama pun kalau tidak menjadi bagaimana? bukan melebih-lebih tetapi bukankah ianya terlebih-lebih jelas nanti menjadi lebih-lebihan yang lain? kalau jadi tu, alhamdulillah la.
jika dapat lihat perhubungan yang sihat dan diredhai Allah, cemburu aku. cemburukah aku? aku yang tidak mencari ini. atau mencari salah masa dan tempat? nanti jika ada kemungkinannya tiba masa aku bertukar seperti yang tidak menyenangkan, tolong tempelak sedarkan aku ya?
cuma pendapat kecil. wallahu’alam.
p/s: tahniah buat aku, udah entry yang ke 50 ^_^
